Tuesday, May 4, 2010

Lawatan Maya

Ini adalah sebahagian pandangan dan gambar apartment yang hendak di jual.




Laluan masuk dari arah Jalan Puteri 3 dan masuk ke simpang kanan. Disebelah kiri adalah hillview house, rumah atas bukit. Diatas situ juga penduduk sekitar akan meraikan tahun baru, merdeka dan memerhatikan acara bunga api di atas bukit. Sesuai juga untuk melihat matahari terbenam di atas bukit.

Jika anda hendak menggunakan jalan alternatif, boleh terus ke hadapan dan memasuki kawasan kampung dan terus ke Jalan Puchong. Di hadapan apartment ada pondok gerai dan kawasan menunggu bas Rapid. Ini adalah route terakhir Rapid. Anda perlu masuk ke simpang kiri.



Anda akan memasuki pintu masuk utama ke Apartment Sri Dahlia Blok A adalah di bahagian hujung Blok B di bahagian kiri. Di blok bersebelahan, ada rumah penjagaan kanak2 bagi anda yang berkeluarga. Anda perlu jalan terus sampai ke hujung dan boleh cari parking di kawasan itu. Anda juga boleh parking di belah kiri bangunan Blok B melalui lorong yang ada van putih di gambar.



Setelah anda parking, lalu di tengah lorong dan cari unit A-G-15. Namun jika anda ke sana, masih ada penyewa disitu. Anda tidak boleh masuk ke rumah itu buat masa ini. Namun saya bawa anda ke laluan maya. Setelah anda buka pintu, ini adalah laluan masuk yang mana tong cat di dalam gambar sudah tiada lagi. 


Ini adalah bahagian hadapan rumah. Bilik ada di bahagian kiri. Bilik tidur utama adalah di bahagian kiri hadapan, pintu yang anda nampak terbuka. Ada tingkap di bilik itu.


Ini adalah laluan masuk ke bilik utama. Silalah masuk.


Ini adalah pandangan dari dalam bilik utama memandang ke luar tingkap.


Ini pula pandangan bilik utama dari dalam memandang pintu masuk.




Ini pula adalah pandangan dari tengah rumah ke bilik nombor 2. Ada tingkap kecil di situ.


Ini pula adalah pandangan dari dalam bilik no 2.


Ini adalah bilik nombor 3 dengan tingkap kecil.


Setelah habis lawatan ke bilik, kini saya bawa anda ke ruangan dapur. Tandas dan bilik mandi ada bi bahagian kanan yang ada pintu dihadapan sana.


Ini pula ruang untuk memasak. Anda boleh meletakkan kabinet dapor gas di situ dan ada plug point di atasnya.


Ini pula laluan masuk disebelah dapur. maaf gambar agak gelap dan kabur.


Anda telah habis melawat bahagian dalam rumah. Kini saya bawa anda di bahagian luar pula. Ini adalah laluan kiri yang boleh anda masuk melalui van putih yang saya maksudkan awal tadi ataupun jika jalan ke hujung blok anda boleh belok ke kiri untuk masuk ke laluan di hadapan anda. Anda juga boleh meletakkan kenderaan di hadapan bilik utama kerana ianya berada di sebelah rumah.


Memandangkan kawasan in tiada designated parking, anda boleh letak di kawasan kereta putih itu yang betul-betul berhadapan dengan bilik utama atau di sebelah kiri pokok yang berada di hadapan ruang utama rumah. Ikut suka anda.

Saya harap lawatan anda ini memuaskan hati. Anda mendapat gambaran mengenai rumah yang ingin dimiliki. Saya juga tidak mampu melayan satu persatu permintaan untuk melihat rumah disamping ianya masih dihuni oleh penyewa.

Sekiranya anda berminat, sila hubungi saya terus di 017-2388381 Faidzal

0 comments:

Post a Comment